7 Hari 7 Malam adalah pesta yang akan berlangsung selama seminggu bermula 1 Mac hingga 7 Mac 2021, membawakan program yang akan mencambahkan idea penentangan patriarki masa kini. Pelbagai program telah dirangka dari perkongsian masakan hinggalah ke perbincangan bahasa queer serta sejarah protes feminis dari sudut pandang astrologi.
7 Hari 7 Malam dianjurkan oleh Cempaka Collective; sebuah kolektif queer-anarko-feminis yang bertapak di Kuala Lumpur. Tahun 2021 adalah tahun kedua 7 Hari 7 Malam dianjurkan untuk meraikan Hari Wanita Sedunia melalui lensa queer-anarko-feminis.
Cabaran pandemik COVID-19 telah mengakibatkan banyak program berpindah ke lapangan digital, dan begitulah juga program 7 Hari 7 Malam pada tahun ini. Semua program akan dijalankan melalui Jitsi. Sekiranya anda berminat untuk menghadiri program 7 Hari 7 Malam, anda boleh mendaftar terlebih dahulu dan e-mel jemputan akan dihantar kepada anda.
Setiap program yang dijalankan adalah percuma, namun anda boleh membuat sumbangan agar kami boleh menganjurkan program seperti ini lagi di masa akan datang!