Penyataan Aksesibiliti

  • Semua sesi adalah menggunakan masa GMT +8 (Kuala Lumpur).
  • Semua sesi dijalankan menggunakan platform Jitsi Meet (juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau App Store).
  • Sesi akan diadakan dalam bahasa Rojak (Melayu & Inggeris).
  • Jurubahasa dan penterjemah secara langsung tidak disediakan memandangkan kapasiti penganjur yang terbatas.
  • Rumusan secara langsung menerusi ruang berbual (chat section) akan disediakan oleh pihak penganjur semasa sesi sedang berjalan.
  • Rumusan acara akan tersedia untuk bacaan lanjut apabila festival tamat.
  • Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah sepanjang festival, sila hubungi pihak penganjur melalui e-mel jemputan atau pautan media sosial kami.