Acara

Borak Tradisi: Air Tangan Warisan
Tarikh: 1 Mac 2021
Hari: Isnin
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Sosok maternal merupakan pewaris tradisi yang utuh dalam sesebuah keluarga. Sempena Hari Wanita ini, jom kita masak sambil borak tentang masakan ibu atau warisan keluarga kita! Kongsikan tips, resepi rahsia, dan petua memasak turun-temurun yang telah diwarisi!

Persediaan sebelum program: Peserta disarankan untuk menyediakan makanan dalam bentuk fizikal ataupun pembentangan digital tentang makanan tradisi masing-masing. Sekiranya anda ingin kongsikan apa-apa jenis pembentangan digital mengenai makanan anda, sila hubungi kami untuk raptai teknikal sebelum program.

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.

 

✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃

Borak Seni Queer: Menawan atau Melawan?
Tarikh: 2 Mac 2021
Hari: Selasa
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Menjadi seorang yang mengidentifikasikan diri sebagai queer dalam sesebuah negara sudah semestinya satu pertunjukan politikal. Namun begitu, masih ramai lagi yang belum bersedia untuk mengilustrasikan atau menghasilkan karya-karya queer yang politikal. Apakah kekangan sebenar dalam mengekspresikan diri sebagai pekerja seni di negara yang mengekang kebebasan menjadi diri sendiri? Ayuh bincangkan!

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.

 

 

✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃

Borak Astrologi: Protes & Sejarah Feminis
Tarikh: 3 Mac 2021
Hari: Rabu
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Sesi ini adalah untuk mempelajari sejarah feminis dan protes dari sudut pandang astrologi! Ia bertujuan untuk berkongsi pendapat tentang mengapa sesebuah insiden terjadi, dan bagaimana kita boleh menggunakan astrologi sebagai bantuan untuk revolusi akan datang. Sesi terbuka ini akan membincangkan beberapa carta astrologi terpilih yang berkaitan dengan sejarah protes dan feminisme di Malaysia.

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.

 

 

✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃

Borak Filem: Salt of the Earth (1954)
Tarikh: 4 Mac 2021
Hari: Khamis
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Filem yang ditulis, disutradara, dan diterbitkan secara kolektif oleh para artis Hollywood yang telah disenaraihitamkan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan politik komunis ini meneroka pelbagai tema berkaitan penindasan gender, isu perkauman, serta tekanan kapitalisme terhadap hidup pekerja serta keluarga mereka di sebuah lombong. Filem ini juga antara filem moden pertama yang membincangkan tentang bagaimana perjuangan feminis dan solidariti pekerja boleh bergerak selari tanpa bercanggah antara satu sama lain.

Persediaan sebelum acara: Peserta dikehendaki memuat turun atau strim fail filem dengan sari kata bahasa Inggeris (melalui pautan yang diberikan selepas pendaftaran) yang hanya akan tersedia selama 1 minggu sebelum tarikh acara.

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.

✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃

Peragaan Fesyen: Bila Kami Bergaya
Tarikh: 5 Mac 2021
Hari: Jumaat
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Dalam ruang peragaan fesyen ini, semua peserta akan berkongsi dan membina naratif mengenai fesyen yang diragakan sebagai salah satu ekspresi diri kepada tubuh badan yang bersaiz besar. Terhad kepada 10 orang. Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk memperagakan fesyen mereka.

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.

 

 

 

✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃

Gunting & Gabung: Kanvas Visi Feminis
Tarikh: 6 Mac 2021
Hari: Sabtu
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Sesi ini adalah untuk memahami dunia impian seorang feminis. Terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama adalah perbincangan tentang nilai individu feminis dan; bahagian kedua adalah untuk menghasilkan kanvas visi feminis melalui kolaj analog/ manual. Persediaan sebelum acara: Peserta hendaklah menyediakan
1) kertas bersaiz A5 atau A5 sebagai asas
2) gunting atau pisau pemotong
3) gam
4) majalah atau material yang dikitar semula (yang mempunyai elemen feminisme)

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.

✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃✁✁✃✁✃✁✃✁✃

Borak Budaya: Dewan Bahasa Pondan
Tarikh: 7 Mac 2021
Hari: Ahad
Masa: 9 malam – 10 malam (1 jam)
Acara:
Pondan berkumpul untuk mendalami bahasa pondan tempatan sebagai alat komunikasi radikal di bawah prinsip anarko-pondan. Perbincangan mengenai terma yang sedia ada, mencatat terma yang baharu, merujuk atau memberi makna baharu dan penggunaan bahasa pondan tempatan dalam mengatur aksi langsung. Para peserta digalakkan untuk berkongsi bahan rujukan atau bacaan yang menggunakan bahasa pondan tempatan.

Untuk mendaftar, sila tekan PAUTAN INI.